Cabul Anak Saudara 3 Tahun, ‘Pak Long’ Dipenjara 24 Tahun, 14 Sebatan


KOTA BHARU - Seorang penganggur dihukum penjara 24 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah mencabul anak saudara perempuannya berusia tiga tahun.

Tertuduh yang mesra dipanggil Pak Long didakwa mencabul mangsa dengan menggunakan jari dalam kejadian jam 9 pagi, pada Februari 2017.

Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Saiful Adli Burhan@Jaohari.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com