Buruh Tahan Sakit Terhimpit Bawah Tayar Jengkaut


NILAI - Seorang buruh warga Indonesia terpaksa menahan sakit lebih setengah jam apabila terhimpit di bawah tayar jengkaut sekitar jam 3.50 petang semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30an itu dipercayai terhimpit selepas jengkaut dipandu terjatuh dalam gaung di Pekan Mantin, di sini.

Sehubungan itu, Pegawai Bomba Kanan II, N Sundarum berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di situ, kita dapati separuh badan hingga kakinya berada di bawah tayar jengkaut.

"Jentera berat itu terperosok kira-kira enam meter dalam gaung, yang terletak sekitar dua kilometer dari jalan utama.

"Bagaimanapun, mangsa masih sedar ketika itu. Kita ambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkannya," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com