Budayakan Gaya Hidup Bersedekah: IRM


KUALA LUMPUR- Islamic Relief Malaysia (IRM) memulakan jendela kempen 2018 dengan peringatan agar mengelakkan perbuatan membazir.

Apatah lagi, pembaziran di kala umat Islam dan penduduk dunia di wilayah berkrisis sedang berdepan dengan ancaman kebuluran akibat perang dan bencana alam.

IRM yang aktif mengadakan pelbagai program bantuan kemanusiaan di Afrika Timur, Syria, Palestin, Bangladesh, Myanmar, Kemboja dan petempatan masyarakat Orang Asli menyeru keprihatinan rakyat negara ini untuk terus tampil sebagai pendokong utama misi kemanusiaan sejagat dan setempat.

“Kita usah membazir kerana Allah murka pada insan yg membazir,” pesan Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfudin Zainal Abidin


Menurut IRM, di kawasan tanduk Afrika yang membabitkan penduduk Ethiopia, Somalia, Zimbabwe dan Kenya, terdapat 18 juta nyawa yang terus berhadapan beban kebuluran sejak dua tahun yang lalu.

“Pengalaman kemanusiaan ketika mengadakan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia pada Ramadan lalu, mempertemukan kami dengan krisis kebuluran serta jutaan nayawa yang sudah putus harapan utk hidup,” kata Zairulshahfuddin.

Misi diteruskan tahun ini bagi mewujudkan dua telaga air bersih di Mogadishu yang menelan kos RM1.5 juta yang berjaya dikumpulkan. Projek ini bakal bermula Jun. IRM mengucapkan jutaan terima kasih pada rakyat negara ini yang menderma bagi merealisasikan misi ini.

“Lebih banyak telaga diperlukan di wilayah Tanduk Afrika kerana air bersih bukan saja keperluan asas, tetapi ia menyumbang pada prospek kesihatan, sektor pertanian dan pembangunan ekonomi,” kata Zairulshahfuddin.

Data Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan lebih 10 juta penduduk Afrika mati setiap tahun akibat penyakit yang perpunca pencemaran sumber air.

Kekayaan dunia, kata Zairulshahfuddin, lebih mulia disertakan dengan kekayaan jiwa.

“Jiwa yang kaya mengajar kita untuk prihatin serta cakna terhadap penderitaan insan lain. Doa, infaq dan sedekah wajar menjadi cara hidup kita semua,” katanya.

Malah, cara hidup tiap individu dengan amalan bersedekah mampu mempengaruhi kehidupan orang lain untuk turut membantu agenda kemanusiaan serta memberikan harapan serta cahaya pada 200 juta penduduk dunia yang sedang bergelut di garisan krisis.

IRM, kata Zairulshahfuddin, akan terus meningkat kempen pendidikan untuk berkongsi kesedaran dan membina budaya kemanusiaan di kalangan rakyat negara ini.

Februari ini, misi kemanusiaan IRM akan berada di sempadan Bangladesh dan Myanmar bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya.

Anda boleh membantu dengan menderma pada Tabung Kemanusiaan IRM. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com