Budak Rambut Ais Terima RM1.3 Juta Sumbangan Orang Ramai.


SUMBANGAN terkumpul berjumlah 2.2 juta yuan (RM1.3 juta) untuk Wang Fuman yang rambutnya diseliputi ais selepas berjalan dalam cuaca sejuk sejauh 2.8 batu ke sekolah dan sekolahnya.

Gambar Fuman, 8, tersenyum dengan rambut dan keningnya diseliputi ais selepas berjalan selama sejam dalam cuaca sejuk negatif sembilan darjah di Yunnan, China, untuk menghadiri peperiksaan, menjadi perhatian seluruh dunia.

Dia dan murid lain kemudian menduduki peperiksaan dalam kelas yang tiada alat pemanas.

Daily Mail yang memetik Radio Free Asia melaporkan, selepas berita itu tersiar, Yayasan Pembangunan Belia Yunnan, menyatakan pihaknya mula menerima sumbangan untuk Fuman dan sekolahnya.


Yayasan milik kerajaan itu menyatakan ia akan menguruskan sumbangan terbabit bagi pihak sekolah dan Fuman dengan kerjasama yayasan tempatan, Pembangunan Belia Zhaotong.

Yayasan itu mengesahkan ia sudah menerima sumbangan berjumlah 2,159,100.58 yuan dan buat masa ini, setiap murid di Sekolah Rendah Zhuanshanbao akan menerima 500 yuan (RM306).

Namun, ramai mempertikaikan kenapa yayasan itu menguruskan sumbangan kerana dikhuatiri tidak telus dan tidak sampai kepada sekolah dan Fuman.

Menurut yayasan itu, tidak semua sumbangan itu untuk Fuman dan pihak kempen yayasan ketika melancarkan tabung berkenaan bertujuan membantu murid miskin di wilayah berkenaan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com