Botak Akibat Penyakit, Wanita Ini Hias Dengan Inai


DOHA – Rambut memang jelas adalah mahkota wanita. Dengan rambut panjang dan lebat, pelbagai gaya dapat dihasilkan. Malah, pelbagai jenis warna juga menjadi trend remaja perempuan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir wanita yang tidak begitu bernasib baik untuk menikmati rambut sebegitu rupa. Bahkan, ada yang mengalami penyakit tertentu sehingga terpaksa membotakkan kepala mereka sendiri.

Malangnya, ada golongan kaum Hawa sebegini turut berdepan dengan pelbagai stigma atau tanggapan negatif oleh masyarakat yang masih berfikiran kolot disebabkan persepsi mengenai masalah keguguran rambut agak keterlaluan.

Namun, bagi wanita Qatar ini, beliau memilih untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif. Bagi memecahkan tohmahan dan meningkatkan keyakinan, dia memilih untuk menghiasi kulit kepalanya dengan lukisan henna.

Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, Keneesha Bell, seorang guru, mengalami ‘alopecia’, keadaan yang mengakibatkan seseorang itu mengalami keguguran rambut tetap dari kulit kepala.

Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang turut mengalami keguguran rambut kronik, dia dipetik oleh media tersebut cuba mendakapi keadaannya itu melalui seni hiasan kulit kepala dengan ‘mahkota inai’.

Satu rakaman video yang dikongsikan Al Jazeera turut menunjukkan kulit kepalanya dihiasi inai tradisional dan video berkenaan malah kian tular dalam kalangan netizen di seluruh dunia. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com