Bila Naib Presiden PPBM Sokong 'Kempen Undi Rosak', Mahathir Pun Jadi 'Gayat'


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad amat  bimbang dan 'gayat'  Pakatan Harapan akan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum akan datang susulan dakwaan akan berlaku kempen undi rosak.

Bagaimanapun sama ada Dr. Mahathir sedar atau tidak  orang turut  'menggalakkan' kempen itu ialah Naib Presiden PPBM sendiri, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu Dr Mahathir menyelar kumpulan anak muda yang dikatakan mahu mengerakkan kempen boikot pilihan raya.

Dr. Mahathir bagaimanapun mendakwa Boikot PRU14  didalangi  daripada UMNO kononnya tiada perbezaan antara PH dan BN jika memerintah kelak.

“Sebenarnya jika ramai yang tidak keluar mengundi akan memberikan kemenangan kepada BN," kata Mahathir. 

Terdahulu kumpulan media sosial dikatakan melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Majlis Presiden pada Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari lalu.

Sementara seorang pengalisis politik berpendapat,  BN akan memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen sekiranya peratusan keluar mengundi serendah 70 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pendapat itu dinyatakan Wong Chin Huat (daripada Institut Pulau Pinang) pada forum bertajuk “Di Mana Hak Pengundi” anjuran Institut Darul Ehsan, sebuah badan pemikir kerajaan Selangor baru-baru ini.

Sementara itu Ketua Pemuda MCA , Datuk Chong Sin Woon menempelak  Abdul Rashid kerana kerana menggalakkan kempen supaya orang tidak datang mengundi.

 (Abdul Rashid dilaporkan mencabar agar penyokong BN yang tidak meyakini kepimpinan Perdana Menteri supaya turut kempen memboikot dengan tidak keluar mengundi)

Kata Sin Woon,sebagai bekas peneraju SPR, Abdul Rashid  perlu memberi galakan kepada rakyat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi  pada setiap kali pilihan raya, bukan menyatakan sebaliknya.

“Saya rasa dah terbalik mereka...,yang hendak  membuat undi rosak itu sebenarnya daripada Pakatan Harapan berdasarkan analisis saya... 

Beliau mempersoalkan kenapa ada gerakan untuk buat undi rosak apabila PH meletakkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang akan datang jika pakatan menang.

“Ini telah menyebabkan ramai keliru sebab PH terutamanya DAP dan PKR telah berusaha selama 20 tahun sejak tahun 1998 untuk menjatuhkan Mahathir.

Tetapi parti yang sama itu juga  hendak meletakkan semula orang yang mereka mahu jatuhkan sebagai Perdana Menteri. Jadi apa perubahan atau reformasi yang  mereka hendak lakukan,? tanya Sin Woon lagi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com