Berpuluh Tahun Mohon Maaf Di Kubur Isteri


Setiap hari selama 23 tahun yang lalu, Yoshiteru Yamamoto, 85 tahun datang ke kubur isterinya yang untuk memohon kemaafan.

Menurut laman asahi.com, Yamamoto sangat menyesal kerana telah meninggalkan isterinya di rumah sehingga menyebabkan isterinya mati terperangkap dalam kebakaran selepas meletusnya gempa bumi Hanshin.

“Saya telah memohon kemaafannya setiap hari sejak 17 Januari 1995,” kata Yamamoto, yang tinggal di bandar Nagata.

“Selama 23 tahun yang lalu, saya telah melakukannya dan tidak pernah ketinggalan satu hari,”katanya.

Setiap hari tanpa henti, Yamamoto berdoa kepada Kazuko, isterinya dan membuat permohonan maafnya.

“Maafkan saya. Saya minta maaf. Saya minta maaf. Maaf,”begitulah pengucapannya setiap hari.

Tragedi itu berlaku pada 17 Januari 1995 lapor (japandailypress.com).

Difahamkan, tragedi itu berlaku ketika dia tidur di tingkat atas, manakala Kazuko tertidur di bawah kotatsu (meja kecil dengan alat pemanas elektrik yang dilindungi selimut).

Mereka hanya tinggal berdua kerana anak-anak mereka telah berkahwin dan hidup dengan pasangan masing-masing.

Tiba-tiba berlaku satu letusan dari gunung berhampiran.

Ya, gempa bumi itu 7.3 magnitud yang melanda sekitar pergunungan itu.

Melihat keadaan isterinya, yang tidak sihat, Yamamoto segera keluar dari rumah untuk meminta pertolongan dari jirannya.

Beberapa jam kemudian, seseorang berteriak, “Api”.

Semasa dia berpaling ke rumahnya, dia sudah berhadapan api besar yang sedang marak.

Masih jelas diingatannya suara teriakan Kazuko ketika api sedang menjulang membakar rumahnya.

Lelaki itu tidak dapat menyelamatkan pasangannya kerana api merebak terlalu cepat.

Jirannya cuba menghalangnya daripada masuk ke rumah itu.

Yamamoto akhirnya kembali ke rumah selepas 4 hari.

Dia kemudiannya mengumpul abu Kazuko bersama anaknya.

“Apabila anda tidak mempunyai apa-apa lagi… untuk apa dan siapa lagi yang anda dapat bergantung harap,” kata Yamamoto mengakhiri peristiwa hitam dan berasa bersalah atas kehilangan isteri tercinta.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com