Berkat Tabah Seorang Isteri, Suami Kini Kian Pulih


SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sentiasa jadi siulan ramai ini jelas mempunyai makna cukup mendalam.

Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.







Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami di Kedahnews mendoakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.  – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com