Beri Pil Diet Pada Usia 4 Tahun Punca Wanita Obes Ini Ketagih Makan


Seorang wanita obes, seberat 281 kilogram mendedahkan ibu angkatnya pernah memberikan pil diet kepadanya ketika kecil, hingga akhirnya menyebabkan dia menjadi ketagih kepada makanan selepas bertahun-tahun di suruh memantau makanan yang boleh dimakannya.

Janine Mueller dipelihara keluarga angkat ketika berusia dua bulan dan menjadi anak bongsu serta asatu-satu-satunya anak perempuan dalam keluarga angkat berkenaan.

Sebelum itu, agensi yang bertanggungjawab telah mengingatkan keluarga angkatnya bahawa ibu kandung Janine adalah seorang wanita berbadan besar.

“Ibu saya (ibu angkat) sangat bimbang mengenai berat badan saya sepanjang masa,” katanya. Pada usia tiga tahun, ibu angkat Janice dan doktor memutuskan ia merupakan masanya untuk Janice memulakan diet pertama.

“Apabila saya berusia empat tahun, doktor yang sama memutuskan ia adalah idea yang baik untuk saya mengambil pil diet. Ia mula jadi tak kena kerana pil itu mempunyai kesan yang sama dengan amphetamines.


“Saya pada dasarnya baru empat tahun dan sejak itu hidup saya tidak sama lagi,” katanya.

Semakin Janice membesar, berat badannya menjadi fokus utama ibunya dan wanita itu sentiasa memintanya supaya memilih makanan.

“Saya masih boleh dengar dia menjerit meminta saya berhenti makan. Ia menjadikan saya seperti tak kena dan saya kecewa dengan ibu bapa saya. Mereka mahukan anak perempuan yang comel tetapi mereka mendapat saya,’ katanya.

Selepas kematian ibu bapa angkatnya itu, berat Janine meningkat mendadak hinggakan dia terpaksa bergantung kepada motor skuter untuk bergerak disebabkan lututnya sakit.

Janine berkata demikian dalam satu rancangan dokumentari. Janine kemudiannya memutuskan untuk ke Seatlle bagi bertemu dengan pakar bedah, Dr. Younan Nowzaradan.

Namun badannya mungkin tidak dapat bertahan untuk menaiki penerbangan ke sama.

“Saya tahu badan saya tidak boleh bertahan tetapi saya perlu melakukannya. Saya dah cuba macam-macam untuk kurangkan berat badan dan semuanya gagal.

“Jadi ini adalah peluang akhir saya untuk turunkan berat badan jadi saya tak boleh gagal,” katanya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com