Bengkak Susu, Pelakon Ezzaty Terpaksa Dibedah


KUALA LUMPUR - Pelakon Ezzaty Abdullah selamat menjalani pembedahan bagi membuang nanah di bahagian payudaranya.

Suaminya, Azwan Kombos yang juga pelakon ketika dihubungi Utusan Online memberitahu lega apabila pembedahan yang memakan masa selama dua jam itu berjalan lancar.

Menurut Azwan, 32, Ezzaty mengadu mengalami bengkak susu sejak 10 hari lalu namun tidak mengesyaki perkara lain.

"Ingatkan sakit biasa-biasa saja. Saya ada bawa dia berurut kampung lepas itu bawa dia ke klinik dan tidak mengesyaki hal yang serius sangsat.


"Namun bila kesakitan itu datang kembali, saya putuskan untuk bawa berjumpa dengan doktor pakar dan mengesan isteri mengalami radang payudara (breast abscess).

"Atas nasihat doktor dan tiada pilihan lain, isteri terpaksa dibedah bagi mengelakkannya merebak.

“Kira-kira pukul 3 petang tadi isteri saya dibawa masuk ke bilik pembedahan.

"Alhamdullilah... dia sudah berada di wad biasa dan dinasihatkan doktor untuk berehat,"  katanya.

Pasangan itu baharu sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu yang diberi nama Harum Dalia.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com