Belum Selesai, Pakatan Masih Hadapi Masalah Berebut Kerusi


Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan mesti dibereskan sebelum akhir bulan ini.

"Kita minta semua negeri menyelesaikan agihan bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen," kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kenyataan Muhyiddin itu membayangkan parti-parti dalam Pakatan Harapan masih menghadapi masalah dalam perebutan kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan bagi menghadapi PRU ke-14 nanti.

Pakatan Harapan menetapkan tempoh hingga akhir bulan ini (Januari) untuk menyelesaikan isu calon dan pengagihan kerusi dalam kalangan parti gabungan itu dan parti pembangkang lain di Sabah.

Muhyiddin Yassin, berkata tempoh sama turut diberikan kepada Pakatan Harapan di negeri lain untuk menyelesaikan segera isu berkenaan.

Ini bererti bukan mudah bagi Pakatan Harapan untuk mengagihkan kerusi Parlimen dan DUN dengan adil di antara DAP dan PKR berikutan kehadiran dua parti baharu, PAN dan PPBM.

Namun PPBM lebih 'beruntung' kerana memperolehi lebihan kerusi Parlimen di Semenajung berbanding DAP dan PKR walaupun sudah bertapak lama.

Lebih malang ialah PAN, parti serpihan PAS yang baharu mahu menguji pengaruh pada PRU ini apabila diberi 27 kerusi berbanding PPBM yang mendapat 52 kerusi, sedangkan PAN sudah ada kerusi PAS jika dibandingkan dengan PPBM hanya miliki 'satu kerusi BN' di Pagoh.

Jika PRU 14 di adakan bulan depan, tentunya Pakatan Harapan bertambah kelamkabut untuk mengagihkan kerusi sedangkan pembahagian kerusi Parlimen di semenajung awal bulan ditentang oleh PAN kerana tidak puas hati.

PKR pula terpaksa berkorban kerusinya  kepada PPBM dan juga PAN demi menjaga hububung antara parti walaupun di sudut hati ia tidak bersetuju menyerahkan kerusi yang pernah ditandingi parti itu.

Kini kerusi di kawasan yang ditandingi PAS semasa berada dalam Pkatan Rakyat pada PRU13 menjadi rebutan antara PPBM dan PAN.

PPBM dan PAN juga perlu berterima kasih kepada PAS kerana parti itu tidak lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Jika tidak rebutan kerusi akan menjadi bertambah rumit atau  sengit sebelum PRU. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com