Bekas Pemimpin PPBM Ucap 'Tahniah' Mahathir, 'Takziah' Pakatan Harapan


Bekas pengasas  dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman dan
Anina Saadudin turut meragui kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang dilantik sebagai calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan.

Hamidah yang juga bekas Naib Presiden PPBM secara sinis berkata:  "Kalau tanya saya siapa patut jadi calon PM Pakatan Harapan, jawab saya, Azmin! 

Baru le steady...orang muda !" katanya dalam catatan Facebooknya semalam.

Beliau juga merasakan sesuatu yang lucu jika Dr. Mahathir yang berjanji untuk melepaskan  jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Awnar Ibrahim tetapi dalam masa yang sama Datuk Seri Dr. Wan Azizah akan kekal Timbalan Perdana Menteri.

"Lepas tu, lepaskan Anwar dan Anwar jadi PM. Kak Wan (Dr. Wan Azizah)  kekal TPM? Negara ni siapa yang punya sebenarnya? tanya Hamidah yang meninggalkan PPBM September tahun lalu bersama Anina.

Sebelum ini Hamidah juga mempersoalkan sama ada Dr. Mahathir boleh dipercayai atau tidak untuk menyerahkan kuasa Perdana Menteri  kepada Anwar.

Dr. Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung PPBM yang pertama pada 30 Disember lalu  itu menyifatkan mereka yang tinggalkan PPBM kerana kecewa sebagai 'sampah' kepada parti itu.

Sementara itu Anina, bekas Ketua Srikandi PPBM juga menjangkakan perpecahan akan berlaku dalam blok pembangkang itu jika pakatan itu memberi kepercayaan kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Anina berkata, keputusan mencalonkan pemimpin berusia 93 tahun itu adalah jalan mudah menarik sokongan rakyat.

Pakatan Harapan sudah kelihatan goyah apabila akar umbi  PKR, Parti Amanah Negara dan DAP menolak mentah-mentah pengumuman Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, dakwanya .

"Takziah kepada pembangkang kerana tidak sampai beberapa jam pengumuman...bait-bait perpecahan dalaman sudah timbul. 

Dalam pada itu Anina secara sinis mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri baharu nanti,' ujarnnya. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com