Bekas Mufti Puji Usaha Ahmad Mustafa Dari Alor Setar Bina Model Kota Mekah


ALOR SETAR – Bekas Mufti, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad memuji usaha Ahmad Mustafa yang membina model topografi bagi memberi gambaran keagungan Kota Suci Mekah agar dapat menjadi bahan rujukan sejarah untuk rujukan generasi akan datang.

Menurutnya, kemahiran yang dimiliki Ahmad penting bagi memulihara dan memastikan sejarah kemajuan Islam tersebut kekal un­tuk tatapan masyarakat Islam.

Katanya, bahan tersebut dapat memberi input berguna kepada masyarakat selain menjadi rujukan dalam menambah ilmu pe­ngetahuan berkenaan sejarah pembangunan tanah suci itu.

“Tidak semua orang mempunyai peluang pergi ke tanah suci bagi menyaksikan sendiri tinggalan sejarah yang ada di sana untuk dijadikan pedoman.

“Masyarakat terutamanya umat Islam perlu ambil tahu bagi mengetahui kebenaran yang tersirat dalam sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pelbagai petunjuk boleh dirujuk dalam kitab suci al-Quran yang memberi gambaran jelas mengenai tuntutan belajar dan mengenal sejarah perkembangan Islam khususnya di Kota Mekah.

Dalam perkembangan sa­ma, penceramah bebas, Da­tuk Syeikh Ahmad Soleh berkata, masyarakat perlu mengetahui mengenai transformasi berlaku di bandar Mekah kerana banyak tinggalan sejarah telah rosak sebelum ini.

“Banyak tinggalan telah rosak malah ada yang lenyap untuk di­pulihara demi generasi akan datang sebagai contoh Ja­bal Qubais yang dahulunya tersergam indah, namun kini hampir le­nyap akibat arus pembangunan yang rancak di kawasan ber­kenaan,” katanya.

Syeikh Ahmad berkata, usaha membawa sejarah tersebut untuk dipertontonkan kepada masyarakat perlu diberikan sokongan sekurang-kurangnya ia dapat membawa gambaran dan penceritaan yang sebenar.

“Usaha seperti ini perlu disambut baik kerana sukar untuk mencari seseorang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang itu dan berkongsi dalam bentuk paling mudah difahami orang ramai.

“Golongan paling rugi a­dalah generasi akan datang apabila tiada satu pun kesan sejarah berguna untuk dimanfaatkan bagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah pembangunan Kota Suci Mekah,” katanya.

 Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com