Bayi Lelaki Ditemui Di Hadapan Pagar Rumah Teres


JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan di hadapan sebuah rumah teres di Taman Batu Pahat, dekat Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kehadiran bayi itu yang hanya dibalut dengan tuala, disedari tuan rumah berkenaan kira-kira 6.30 pagi apabila terdengar suara bayi menangis di hadapan pagar rumahnya.

“Tuan rumah, seorang pembantu kedai, 52, kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki yang melalui kawasan itu untuk menghubungi polis dan hospital bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam semalam.

Abdul Wahib berkata keadaan bayi itu kini stabil setelah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat melalui talian 07 – 4343999 , 07 – 4363300 atau Pegawai Penyiasat Insp.Wan Zahidah di talian 018 – 2213037.- Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com