Bayi Lelaki Dijumpai Depan Pagar Rumah Anak Yatim


KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di hadapan pagar Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (Ractar), Subang Jaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata bayi berkenaan ditemui tiga wanita yang berkunjung ke Ractar untuk menghantar barang-barang keperluan untuk anak yatim di situ kira-kira 1.05 petang.

“Bayi itu berada dalam keadaan baik dan tiada kesan luka. Bayi tersebut kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com