Bangladesh Tingkat Larangan Berkahwin Dengan Rohingya


DHAKA - Mahkamah Tinggi Bangladesh hari ini meningkatkan larangan perkahwinan membabitkan rakyat negara ini dengan pelarian etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian di sini.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah tersebut menolak tindakan undang-undang daripada seorang bapa yang anak lelakinya berkahwin dengan remaja perempuan Rohingya pada September lalu.

Larangan tersebut dikuatkuasakan pada 2014 sebagai langkah untuk mengelakkan pelarian Rohingya mendapat taraf kewarganegaraan Bangladesh menerusi perkahwinan dengan penduduk tempatan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com