‘Balance’ Tulis Diana Danielle Di Intagram Jadi Tanda Tanya


Pelakon Datin Diana Danielle yang merupakan isteri kepada Datuk Farid Kamil telah memuat naik status di Instagramnya.

Tulisnya ringkas iaitu ‘Balance’ tanpa apa-apa kapsyen lain.

Adakah merujuk kepada kes yang berlaku terhadap suaminya atau tiada kaitan langsung, tidak diketahui.


Pun begitu, meski tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Diana tersebut namun pengikut-pengikut Diana memberikan kata-kata semangat buatnya dan suami.

Atikahhalimm - Pedulikan apa kata orang cakap

Fattshah95 - I tahu you kuat

Arizaahmad71 - Ujian hebat 2018. Harap you ok.

Pagi tadi Farid Kamil telah dikenakan tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara kelmarin.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com