BAKTI Sumbang Dermasiswa Kepasa 10 pelajar Di Langkawi


ALOR SETAR - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyumbangkan sejumlah RM3,000 dalam bentuk dermasiswa kepada sepuluh pelajar terpilih dari daerah Langkawi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian,  Datuk Abu Bakar Taib yang mewakili isterinya, Datin Wira Mahkota Datin Paduka Siti Zaleha Mat Gelam menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Tiga pelajar lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 14 dan 17 tahun itu masing-masing menerima dermasiswa RM300 bagi membeli bahan rujukan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Mereka yang menerima sumbangan adalah Hayati Alias, Nurul Jamilah Adizianan, Intan Shafinas Che Ros, Nurul Liyana Baharudin, Nur Haiza Bahari dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Muhd Zaid Harithah Mohd Padzil, Muhd Taufik Hidayat Mohamad dan Muhamad Firdaus Roslan (SMK Tunku Putra). 

Turut menerima, Siti Aishah Mawaddah Adzman dan Intan Nurellyn Ezriena M Armam (SMK Mahsuri).

Seorang pelajar, Nurul Jamilah, 17, berkata dia sangat terharu dengan dermasiswa yang diberikan dan ia membuktikan tanda keprihatinan BAKTI dalam usaha membantu pelajar selain memberi semangan untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

"Saya akan gunakannya untuk membeli buku rujukan tambahan yang amat diperlukan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, Muhd Taufik Hidayat, 16, pula berkata, dia sangat gembira kerana terpilih menerima bantuan itu selama tiga tahun yang banyak membantunya dalam pendidikan.

"Wang ini saya akan gunakan dalam membantu diri saya meningkatkan prestasi akademik, terutamanya terutama buku-buku rujukan," katanya yang bercita-cita menjadi ahli perniagaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com