Bagaimana Jika Parti Mahathir Menang 2 atau 4 Kerusi Sahaja, Tanya Ku Li


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjangka kononnya dapat memenangi 40 kerusi daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi pada plilihan raya umum akan datang.

Namun Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula menjangka Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan cabaran sukar untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Kata Tengku Razaleigh walaupun Pakatan Harapan mungkin bersetuju supaya Mahathir menjadi Perdana Menteri jika berjaya mendapat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum nanti.

"Namun, Pakatan mempunyai empat parti dan jika parti Tun Dr Mahathir (PPBM) memperoleh kerusi terbanyak, mereka berpeluang menamakan pemimpin sendiri (Dr Mahathir).

"Bagaimana jika mereka hanya menang dua kerusi atau empat kerusi, tidak mungkin mereka akan mendapat sokongan itu," kata Tengku Razaleih baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, kata pemimpin veteran UMNO itu, kuasa Yang di-Pertuan Agong juga penting kerana baginda yang akan memilih wakil rakyat untuk jawatan perdana menteri.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong akan dinasihati siapa yang mendapat sokongan majoriti, baginda juga akan menggunakan pertimbangan sendiri sebelum membuat keputusan.

Sehingga ini, Dr. Mahathir belum berani menyatakan kerusi mana yang akan ditandinginya di antara tiga Parlimen seperti yang disebut oleh beliau - Putrajaya, Langkawi dan Kubang Pasu.

Dr. Mahathir sendiri sebelum menyertai Pakatan Harapan menjelaskan sukar untuk gabungan pembangkang menjatuhkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN-Pakatan-PAS.

Kaadaan itu lebih menyulitkan bagi Mahathir apabila berlaku pengagihan kerusi yang dilihat berat sebelah di peringkat negeri mahu pun Parlimen.

PAN telah menyuarakan bantahan walaupun pada dasarnya 'bersetuju' dengan agihan itu.

Dalam masa yang sama PKR tidak begitu menyenangi pencalonan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walapun ia dipersetujui bersama oleh majlis presiden kerana 'tiada calon pilihan lain'.

Sementara itu ketidakpuasan hati generasi muda terhadap keputusan Pakatan Harapan memilih  Dr Mahathir turut menjejaskan peluang bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu untuk kembali ke Putrajaya.

Kekecewaan terhadap anak muda terhadap pakatan pembangkang yang menjalan kempen  memboikot PRU14 atau #undirosak sewajarnya disalurkan menerusi pilihan parti politik lain atau parti  alternatif, kata seorang pemipn Gagasan Sejahtera.

Ramai yang melihat perebutan kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan akan menjadi satu lagi halangan kepada PPBM untuk menang banyak kerusi.

Ini sekaligus menyukarkan lagi Dr. Mahathir untuk kembali berkuasa walaupun Pakatan Harapan menang.

Sehingga ini, Pakatan Harapan masih belum muktamadkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di setiap negeri seperti mana yang didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baru-baru ini Presiden PPBM yang juga pengerusi pilihan raya pakatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pengagihan kerusi itu sepatutnya selesai hujung bulan ini. 

Kececohan dalam mengagihkan kerusi DUN di peringkat Negeri Sembilan kelmarin adalah pentanda awal Pakatan Harapan menghadapi kesukaran untuk memenuhi hasrat setiap parti dalam gabungan itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com