Azmin Sedia Beri Laluan, Jangka Mahathir Menang Besar Di Parlimen Gombak


Dr. Mahatir Mohamad dijangka lebih mudah menang di Parlimen Gombak daripada bertanding di Langkawi atau Kubang Pasu.

Pada PRU 2013, Barisan Nasional  (BN) menang di Kubang Pasu dan Langkawi dengan majoriti yang agak besar.

Dr. Mahathir tentunya malu  besar jika kalah di negeri Kedah, tempat kelahiran beliau dan lebih baik beliau mencari  kerusi paling selamat. Mahathir  perlu kemenangan yang besar, sesuai dengan kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri. .

Semalam Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali secara terangan mempelawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Gombak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Perkara itu dizahirkan Azmin menerusi Twitternya hari ini. Azmin yang juga Menteri Besar Selangor  bersedia memberi laluan kepada Dr. Mahathir di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR.

Azmin yakin Mahathir akan menang majoriti lebih besar.

Dengan pelawaan itu, bermakna desas desus mengatakan Azmin tidak akan mempertahankan kerusi Gombak mungkin bakal menjadi kenyataan. Sebelum ini, Azmin dikatakan akan berpindah ke Parlimen Ampang menggantikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin di kerusi terbabit.

Dr. Mahathir sebelum ini memberi bayangan tiga kerusi Parlimen Kubang Pasu, Langkawi mahupun Putrajaya pada pada PRU-14 akan datang.

Sebelum ini ada juga yang mencabar Dr. Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen Pekan yang diwakili oleh Datuk Seri Najib Razak.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com