Aziz, Sabrina Tak Perduli "Senarai Calon", Mahu Jentera BN Terus Bekerja


UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu tidak memperdulikan penularan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebalikya jentera BN akan terus bekerja dan mendekati pengundi termasuk menyelesai isu yang dihadapi oleh rakyat

Ketuanya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menganggap isu tular mengenai senarai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti adalah perkara biasa.

Sementara Ketua Puteri bahagian itu, Datuk Norsabrina Mohd Noor pula melihat penularan senarai  nama calon itu sebagai propaganda pihak tertentu bagi memecahbelahkan kekuatan BN.

Aziz yang juga Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu bagaimanapun menyerahkan pemilihan calon itu kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian mengulas senarai calon BN Kedah yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan Abdul Aziz bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar Baharu yang kini disandang Norsabrina.

Kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu lagi, isu penyebaran senarai calon yang bertanding pada PRU itu adalah biasa setiap kali hampir menjelang pilihanraya dan tidak perlu diambil serius.

"Kita yakin dan percaya siapa pun yang dipilih nanti adalah calon yang layak, yang boleh melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat, kita hanya perlu bersedia untuk hadapi pilihanraya ini," katanya.

Menurut Aziz, BN berjaya mengubah pembangunan di Kulim selepas mengambil semula tampuk pemerintahan pada PRU lalu daripada PAS.

Sementara itu Norsabrina yang juga anggota Exco meningatkan penyokong BN agar tidak terpengaruh dengan senarai bakal calon bagi pilihan raya umum ke-14 yang tular di laman sosial.

BN Kedah akan menerima apa jua keputusan pucuk pimpinan tertinggi berhubung calon yang akan bertanding nanti kerana yang penting BN akan dipastikan terus menerajui pentadbiran negeri ini, kata Norsabrina.

Menurutnya kepimpinan BN negeri langsung tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai calon itu malah terus melaksanakan tugas masing-masing berkhidmat kepada rakyat.

"Bila kita tengok senarai yang tersebar ini, kita rakan Adun senyum saja sebab kita tahu siapa yang layak dan jangka  di mana mereka akan bertanding," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas Majlis Menandatangani Dokumen Usahasama antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil semalam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com