AS, Kanada Dilanda Kesejukan Melampau


BOSTON - Udara teramat dingin menyelubungi Pantai Timur dan Midwest Amerika Syarikat, kelmarin membahayakan ketika puluhan juta penduduk bergelut membersihkan sampah-sarap dan salji di kebanyakan kawasan awal minggu ini.

Udara sejuk dan membeku dirasakan dari New England ke Ohip dan Pennsylvania, manakala Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran hujan di Missouri dan kawasan sekitarnya sehingga ke timur laut.

Di sesetengah kawasan, kulit yang terdedah boleh membeku dalam masa 30 minit, kata pegawai Pusat Ramalan Cuaca, Dan Petersen.

Di New England dan negeri di Atlantik Tengah, ribut memaksa ratusan sekolah ditutup dan perkhidmatan komuter digantung atau dikurangkan.

Cuaca sejuk dan salji juga menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kematian termasuk empat dalam kemalangan jalan raya di Caroline Utara dan tiga di Texas.

Sementara di timur AS dan Kanada, cuaca sejuk disusuli dengan ribut memaksa lapangan terbang berhadapan pertambahan penerbangan.

Di Kanada, suhu mencecah -50 darjah Celsius diramalkan di utara Ontaria dan Quebec.

Semalam, lebih 2,250 penerbangan domestik dan antarabangsa ke AS ditangguhkan, dengan Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dan lapangan terbang Charleston di Caroline Selatan paling teruk terjejas. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com