APMM P Pinang Serah Kembali 3 Bot Nelayan Indonesia


GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menyerahkan  kembali tiga buah bot nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara pada 16 Oktober lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 APMM Pulau Pinang, Hamizan Harun berkata tiga buah bot itu diserahkan menerusi persetujuan kedua-dua negara dan juga  keputusan mahkamah pada 21 Disember lepas.

"Semua bot itu diserahkan kepada wakil nelayan Indonesia di KBH Marine, Gat Lebuh Maccalum, semalam dan bot terbabit bergerak pada 7 malam menuju Pangkalan Perikanan Belawan.

"Bot berkenaan diiringi bot dan kapal APMM Pulau Pinang hingga ke sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata seramai 12  kru tiga bot nelayan itu telah dihantar pulang pada 13 Disember lepas menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com