Anwar Ingatkan Penyokongnya Tolak Kepimpinan Mahathir?


Satu rakaman video memaparkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong beliau untuk menolak kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tular semula di media sosial ketika konvensyen Pakatan Harapan itu sedang rancak berlangsung semalam.

Difahamkan, video berdurasi 3.25 saat itu yang dipercayai dirakamkan sewaktu Anwar sedang berucap dalam satu majlis di Kelantan paling banyak ditularkan dalam kalangan penyokong PKR.

Penyebaran video berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan di mana DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14.

Bagaimanapun, PKR dikatakan tidak bersetuju dan hanya boleh menerima Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara. 

Sebebelum ini Dr Mahathir dilaporkan menafikan PKR meletakkan syarat kepadanya untuk menjadi perdana menteri.

Bahkan beliau memberitahu, tidak pernah maklum tentang perkara tersebut sebelum ini.

“Terima kasih di atas maklumat itu. Saya tak pernah dengar lagi, sekarang saya ketahui dari anda,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM empat hari hari lalu.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com