Anak Rayu Ayah Pulang Selepas Seminggu Keluar Rumah


MELAKA - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak seminggu lalu, selepas keluar dari rumahnya di Jalan Kampung Baru, Bukit Beruang, di sini.

Mohd Nazri Ahmadu, 33, berkata ayahnya, Ahmadu Mamat, 69, keluar dari rumah kira-kira jam 5 petang, 4 Januari lalu dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri.

Katanya, sebelum keluar rumah, berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka.

"Selepas solat Asar, ayah keluar rumah dan saya nampak dia berjalan menuju ke kampung berdekatan.

"Sangka saya ayah akan pulang semula tetapi hingga hari ini dia tidak pulang ke rumah. Saya bimbang dengan keselamatannya kerana ayah sudah mulai nyanyuk," katanya ditemui di rumahnya di Jalan Kampung Baru, di sini.        

Menurut Mohd Nazri, dia sudah meninjau ke beberapa lokasi termasuk tempat lama ayahnya bekerja iaitu di Masjid Kampung Hulu, namun ayahnya tiada di situ.

"Selepas cukup tempoh 24 jam hilang, saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat warga emas berkenaan boleh menghubungi Mohd Nazri di talian 017-6389802 atau balai polis berhampiran.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com