Anak Kucing Diikat Dengan Gergaji, Dibiarkan Lemas


Kejam…seekor anak kucing berusia enam bulan telah diselamatkan selepas diikat dengan gergaji elektrik seberat empat kilogram sebelum dicampakkan ke dalam sungai di Adelaide, South Australia.

Nasib baik ketika itu seorang wanita, Negan Eastaughffe, 41, mendengar bunyi kucing itu lalu menyebabkannya.

“Saya berasa bimbang selepas cuba menarik kucing itu ke tepi sungai tetapi ia tidak bergerak.

“Hanya selepas saya menukar kedudukan barulah saya nampak ada benda yang diikat pada pinggangnya,’’ kata Negan.

Dia kemudiannya memanggil kawannya Jessiva Searle, 22, yang turun ke dalam air sedalam satu meter itu untuk menyelamatkan kucing terbabit.

Selepas kucing itu diikat mereka melihat gergaji elektrik diikat pada anak kucing terbabit.

Kucing itu dipelihara oleh mereka dan ia dinamakan Splash. Ia juga dibawa ke veterinar dan doktor memberitahu bahawa bulu mata dan bulu kucing itu telah dicukur baru-baru ini. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com