Anak Kedua Che Ta Tayang Awek Lawa, Netizen Tak Puas Hati?


JIKA sebelum ini nama anak kedua pelakon Rozita Che Wan, jarang menjadi sebutan netizen, tetapi sejak Isnin nama Aniq Ezra tiba-tiba ‘panas’.

Semuanya bermula apabila beberapa foto Aniq bersama teman wanita yang dikongsi di akaun Instagramnya mula tular di laman sosial.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak, Aniq sudah lama berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dipercayai kekasihnya itu, iaitu sejak awal tahun lalu.

Bagaimanapun, pada setiap foto ada sahaja komen yang kurang menyenangkan daripada netizen.

Rata-rata mengaitkan kemewahan dimiliki Aniq menyebabkan dia ‘bertuah’ dapat memiliki teman wanita yang cantik.

Sabarlah Aniq, biar apa pun orang nak cakap hanya Aniq dan ‘si dia’ sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan cinta kalian berdua (jika benar sedang bercinta).

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com