AirAsia, Uber Jalin Kerjasama Kemudahan Penumpang


KUALA LUMPUR – AirAsia bekerjasama dengan perkhidmatan Uber bagi melancarkan pengalaman perjalanan para penumpangnya.

Malah, penumpang terbabit kini boleh merancang keseluruhan perjalanan mereka bermula dari kediaman sehinggalah ke destinasi masing-masing, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu akan membantu mereka untuk pulang atau ke tempat kerja dan ke lapangan terbang di 52 bandar di 16 pasaran sekitar Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.

“AirAsia akan mewujudkan ciri untuk penumpang Uber mendapatkan perkhidmatan atau perjalanan secara berjadual apabila membuat pengesahan, penempahan atau mendaftar masuk bagi tujuan penerbangan,” katanya.  – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com