Air Terjun Junjong Di Kulim Akan Dijenamakan Semula


ALOR SETAR - Penghulu Mukim Kulim, Zulhissham Yaakob menganggarkan sejumlah RM2 juta  bagi menjenamakan semula kawasan rekreasi Air Terjun Junjong yang kini semakin mendapat perhatian pengunjung.

Menurutnya, kos anggara sebanyak itu akan digunakan sebaik mungkin bagi kerja-kerja penyelengaraaan utama sebagai satu usaha untuk menarik semula kunjungan pelancong ke tempat itu.

"Antara kerja itu adalah mengorek pasir yang mendap di dalam dua kolam utama air terjun tersebut.

"Mendapan pasir yang berpunca dari atas bukit berhampiran air terjun ini membuatkan air di dalam kolam menjadi cetek dan sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa bagi pengunjung," katanya ketika ditemui pemberita di Kulim, kelmarin.


Zulhissham turut mendedahkan pemasangan elektrik amat perlu disekitar kawasan riadah tersebut memandang kawasan air terjun itu sehingga kini tidak mempunyai bekalan elektrik.

Ujarnya, kawasan air terjun tersebut menjadi antara salah satu pilihan popular dan tarikan pengunjung sehingga mampu mencecah 500 orang pada setiap hari minggu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com