Agihan Kerusi DUN: PPBM Terpaksa Tunduk Pada DAP


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) di Negeri Sembilan terpaksa 'tunduk' kepada  DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walaupun agihan kerusi Parlimen di negeri itu sama rata, tetapi pembahagian 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat sebagai berat sebelah.

Oleh itu memang wajar pun ahli-ahli PPBM di negeri itu 'memberontak' pada Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan selepas parti itu ditawarkan hanya enam kerusi DUN sahaja.

PAN, parti tajaan DAP ' tidak kisah' dan seperti bersertu walaupun mendapat tujuh kerusi DUN.

Dalam pembahagian kerusi DUN negeri itu, PKR dianugerahkan 12 kerusi sementara PKR mendapat 12 kerusi.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mempunyai alasan tersendiri kenapa penyokong PPBM naik angin dan mengamuk kelmarin.

Beliau yang juga antara pengasas parti itu mendakwa kekecohan tersebut berlaku kerana ahli akar umbi merasakan PPBM seperti telah dibuli atau dipergunakan oleh DAP dan PKR semata-mata mahu mendapatkan undi orang Melayu.

PPBM merelakan parti itu menerima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit kerana kepimpinan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha menyediakan jentera pilihan raya paling utuh di Kedah dan Johor yang dianggap sebagai `maruah’ parti, dakwa Kamarul Azman.

“Satu lagi perkara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu pernah menggelar bekas ahli PPBM sebagai ‘sampah’, sekarang lihatlah bagaimana 'sampahnya' anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang langsung tidak dihormati akar umbi dalam konvensyen berkenaan.

Penyokong PPBM yang tidak puas hati itu tidak lagi mahu mendengar cakap Timbalan Presiden parti mereka. 

“Akar umbi marah kerana Pakatan Harapan tidak berlaku adil dalam pembahagian kerusi, enam kerusi DUN yang diberikan merupakan kawasan hitam iaitu kubu kuat parti lain dan tiada peluang untuk dimenangi PPBM,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam.

Apakah jika Pakatan Harapan menang, Negeri Sembilan juga akan menjadi seperti Selangor. Majoriti orang Melayu di negeri itu tentunya dapat membuat pertimbangan dari sekarang parti mana wajar mentadbir negeri itu selepas PRU akan datang. - Kedahnews.com
  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com