Ada Cubaan Rosak Perpaduan - MB Kedah


ALOR SETAR - Penyebaran senarai yang didakwa sebagai nama calon Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) dilihat sebagai cubaan merosakkan perpaduan parti tersebut.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menafikan senarai calon berkenaan adalah sahih, sebaliknya menyifatkan ia sengaja direka pihak yang tidak senang dengan keharmonian BN.

"Kalau namanya viral, jangan percaya. Ini bukan kali pertama berlaku dan tujuannya hanya untuk melaga-lagakan dan mahu menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

"Ada yang kata EXCO ini tidak lekat (terpilih), orang ini tidak lekat. Lekat ka tak tunggu kita umum nanti," katanya ketika ditemui di Dewan Seri Mentaloon di sini, pada Sabtu.

Berikut adalah kenyataan beliau selepas diminta mengulas penyebaran mesej di aplikasi WhatsApp yang didakwa sebagai nama calon awal BN Kedah pada PRU-14.

Didalam mesej berkenaan antara lain adalah menyenaraikan nama mereka yang dikatakan bakal calon BN di 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Penyebaran mesej terbabit juga dilihat cuba mencetuskan ketegangan dalam kalangan EXCO, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada apabila beberapa nama 'digugurkan'.

Tamabh Bashah, kesahihan senarai calon akan terjawab apabila beliau mengumumkannya dan bukannya menerusi media sosial.

"Kita akan umum di hadapan media, tidak perlu sebar seperti ini," katanya memetik BH Online.

Terdahulu, Bashah merasmikan Program Jelajah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAP) Prihatin Kedah 2018.

Dalam majlis berkenaan, seramai 500 waris serta penjaga pelajar dari sekolah sekitar DUN Bakar Bata menerima bantuan awal persekolahan menerusi pemberian baucar.

Baucar bernilai RM100 itu boleh ditebus di pasar raya Tesco yang mana ibu bapa boleh membeli dan memilih kelengkapan persekolahan anak masing-masing. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com