5 Lelaki Thailand Dicekup Terlibat Sindiket Kutip Derma


BATU PAHAT - Lima lelaki warganegara Thailand ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket mengutip derma di sekitar daerah ini, malam tadi.

Serbuan oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Batu Pahat dan polis itu berjaya menangkap kelima-lima mereka yang berusia antara 25 hingga 30 tahun.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik hotel bersama-sama empat tabung derma dan wang tunai berjumlah RM3,800 dipercayai hasil kutipan daripada orang ramai.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kumpulan itu dikesan menjalankan kutipan derma sejak awal tahun ini dengan menyasarkan orang ramai yang sedang menikmati makan malam.

“Sindiket ini dipercayai sering berlegar-legar di restoran, kedai makan dan kaki lima bank-bank di sepanjang Jalan Rahmat, Jalan Sultanah, Jalan Omar, Pasar Batu Pahat dan beberapa lokasi lain,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - Utusan



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com