3 Wanita Ditahan Berbogel Di Khalayak Umum, 5 Lagi Kerana Dadah


SINGAPURA: Tiga daripada lapan wanita ditahan kerana berbogel di khalayak umum dalam satu serbuan di premis hiburan, kata polis dalam kenyataan media pada Isnin.

Lima lagi wanita ditahan atas kesalahan dadah.

Operasi bersepadu yang dilakukan Biro Narkotik pada minggu lalu selama enam jam bermula 11 malam.

"Tiga daripada wanita yang ditahan dikatakan berbogel di khalayak ramai. Manakala dua daripada mereka didapati melanggar undang-undang imigresen dan pekerjaan," lapor portal Channel News Asia.

Portal itu difahamkan, kesemua wanita terbabit ditahan di Plaza Cuppage.

Siasatan ke atas suspek sedang dijalankan, kata polis.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com