2 Ular Tedung Senduk Berlawan Depan Rumah Di Baling


ALOR SETAR - 'Pertengkaran' di antara dua ekor ular tedung senduk di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Baru, Jalan Hospital, Baling ternyata menggusarkan penghuni rumah terbabit.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling Leftenan (PA), Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 6 petang sebelum sepasukan empat anggota sampai di lokasi 15 minit kemudian.

Setiba di lokasi, anggota-anggota APM hanya mengambil masa selama 15 minit bagi menangkap dua ular tedung sepanjang satu meter dan seberat dua kilogram, semalam.

"Dalam tempoh empat, tiga ekor ular berbisa berjaya ditangkap dan faktor cuaca panas menjadi punca ular berkenaan keluar ke kawasan penempatan penduduk," katanya dihubungi, semalam.

Apa yang diberitahu, kebiasaannya mereka lebih kerap menangkap ular tedung selarjika dibangdingkan dengan tangkapan ular tedung senduk.

Katanya, orang ramai diminta berhati-hati berdepan dengan haiwan berbisa dan mereka diminta menghubungi talian 04-4701626 atau 999 bagi mendapatkan bantuan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com