14 Tarikan Pelancong Paling Bahaya Di Dunia


BOSAN dengan percutian tenang dan mendamaikan? Apa kata anda cuba mana-mana lokasi pelancongan mencabar ini. Walaupun berisiko, masih ramai yang teruja dengannya, terutamanya pengembara yang sukakan cabaran dan mahu menguji ketahanan mental dan fizikal sendiri.

Terjun Bungee Volcano (Chile)


Di Villarica terdapat gunung berapi aktif dan tarikan pelancong yang menawarkan peluang kepada pelancong untuk melakukan terjunan bungee ke kawahnya. Paling membuatkan ia mencabar dan berisiko apabila jaraknya hanya 700 meter dari gunung berapi yang sangat bahaya.

Bertemu Singa (NZ)


Di zoo ini, pelancong dapat berkenalan dengan singa dengan cara berbeza. Trak ini berfungsi sebagai sangkar bergerak dan singa akan datang dan melawat pengunjung. Ia akan lalu di sekitar habitat haiwan ini dan membolehkan pelawat melihat sendiri saiznya dan mendengar bunyi ngauman serta berpeluang memberi makanan.

Tiger Temple (Thailand)


Thailand pernah menjadi tempat di mana pelancong boleh berhubung dengan harimau, memberi makan dan bergambar dengan mereka. Apabila lokasi ini dirasmikan pada tahun 2001, ia mempunyai kira-kira 150 ekor harimau. Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun apabila pelancong dan penjaganya diserang, ia akhirnya ditutup oleh pihak berkuasa tempatan.

Taman Negara Canyonlands (AS)


Terletak di Utah, taman ini dianggap sebagai salah sebuah yang paling sukar didaki, berikutan risiko batu-batuan yang jatuh dan kemungkinan banjir. Pemandangannya luar biasa, bagaimanapun, ia sangat berbahaya kerana struktur batunya yang boleh membuatkan pelancong putus asa.

Berenang Dengan Beruang Polar (Kanada)


Di Ontario, terdapat tarikan di mana anda boleh berenang di sebelah beruang polar berbahaya, hanya dipisahkan oleh kaca keselamatan yang kuat. Ia dibuka pada tahun 2004 dan menawarkan peluang kepada pelancong untuk berinteraksi dengan haiwan ini.

Berenang Dengan Obor-Obor (Australia)


Obor-obor adalah haiwan berbahaya yang membunuh lebih ramai manusia berbanding jerung atau buaya dan boleh menjadi lebih berbisa daripada mana-mana ular. Di Australia, ada tempat yang membolehkan manusia berenang dan berinteraksi dengan binatang bahaya ini. Ia melibatkan risiko tinggi tetapi foto-foto anda pasti sangat menakjubkan.

Gunung Huashan (China)


Tempat ini, yang terletak di atas gunung, merupakan salah satu laluan paling berbahaya di dunia pada ketinggian 2,160 meter. Gunung ini mempunyai tangga dengan ruang yang sangat kecil dan pengunjung perlu mendaki menegak. Paling bahaya apabila pelancong tidak dibenarkan menggunakan peralatan keselamatan. Di hujung laluan, terdapat sebuah kedai minum teh. Adakah berbaloi ambil risiko?

Gunung Everest (Himalaya)


Gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter dan merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling dicari-cari di dunia. Ia terletak antara Tibet dan Nepal. Semakin tinggi anda mendaki, semakin jauh anda akan jatuh. Gunung ini dianggap berbahaya kerana ketinggian dan suhu jauh di bawah sifar.

Cascade Saddle (NZ)


Terletak di Taman Negara Gunung Aspiring, ia mempunyai pemandangan mempesona yang menawan semua pelancong yang melintasinya. Walaupun perjalanan untuk melihat pemandangan akan membuatkan anda termengah-mengah, tarikan pelancong ini dianggap sangat bahaya kerana batu-batunya yang licin, yang mengakibatkan banyak kematian pelancong.

Poison Garden (England)


Taman ini, yang terletak di bandar Alnwick penuh dengan tumbuhan berbisa yang boleh membahayakan pengunjung. Terdapat lebih 120 spesis tumbuhan di taman ini, yang sebahagiannya boleh membunuh seseorang dengan hanya satu sentuhan.

Haiku Stairs (AS)


Jika anda takut ketinggian, maka lokasi ini, yang terletak di Hawaii, tidak sepatutnya berada dalam senarai anda. Juga dikenali sebagai 'Stairway to Heaven', tarikannya adalah laluan tegak dengan 3,922 anak tangga. Pada ketinggian lebih dari 850 meter, tempat ini menarik pelancong seluruh dunia yang menjadikan Tangga Haiku sebagai destinasi untuk menikmati pemandangan indah.

Taman Negara Komodo (Indonesia)


Di Tenggara, Indonesia, ada sebuah taman di mana pelancong ditawarkan melihat spesis biawak terbesar di dunia, Komodo Dragon. Haiwan ini sangat berbahaya, kerana gigitannya boleh menyebabkan jangkitan dan kemungkinan kematian. Sesetengah pelawat telah diserang oleh haiwan ini dan juga yang telah meninggal dunia.

Crocosaurus (Australia)


Tarikan ini menawarkan peluang untuk pelancong berenang di kolam bersama buaya. Sejenis sangkar akuatik akan memisahkan pelawat dengan haiwan ganas ini. Sangkar  ini dikenali sebagai ‘sangkar maut, tetapi tiub itu mempunyai ketahanan dan tidak pernah mencetuskan keadaan bahaya melampau. Walaupun begitu, risiko sentiasa ada dan saat paling menakutkan apabila anda hanya berada beberapa sentimeter dari haiwan liar ini.

Annapurna (Nepal)


Walaupun tidak semestinya berisiko berjalan di atas jalan-jalan ini, pendakian gunung ini boleh membawa maut, kerana banyak kematian telah didaftarkan di puncak gunung.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com