Wanita Kandung ‘Bayi’ Selama 15 Tahun


MAHARASHTRA, India – Sekumpulan doktor terkejut selepas menjumpai ‘janin batu’ atau litopedion yang berusia 15 tahun di dalam abdomen seorang pesakit wanita di sini baru-baru ini.

Pesakit berusia 52 tahun yang enggan identitinya didedahkan mendakwa, dia pernah menggugurkan kandungan berusia empat bulan sebelum ini disebabkan keluarga melarangnya untuk melahirkan seorang anak lagi.

Pada ketika itu, pakar obstetrik dan ginekologi yang merawat wanita berkenaan dari sebuah perkampungan di Nagpur di sini telah mengesahkan janin itu berjaya digugurkan.


Bagaimanapun, pesakit itu masih berasa sakit pada abdomen selama beberapa tahun selain kerap muntah, namun doktor sekadar memberikannya ubat tahan sakit sebelum akhirnya menemui seorang pakar perubatan di bandar Nagpur.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan objek itu yang mana doktor menggambarkannya sebagai ‘janin batu lengkap’ di Rumah Penjagaan Pembedahan Junankar.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com