Trump Akan Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu pemimpin Israel dan Arab pada Selasa bahawa beliau merancang untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, langkah tegang penuh simbolik yang menjurus kepada dasar AS selama beberapa berdekad dan mengganggu usaha damai antara Israel dan Palestin.

Trump dijangka mengumumkan keputusannya hari ini, 2 hari selepas berakhirnya tempoh untuk beliau memutuskan sama ada akan mengekalkan kedutaan AS di Tel Aviv.

Pegawai Palestin berkata Trump memberitahu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, bahawa AS akan memindahkan kedutaan itu ke Baitulmaqdis.

Jordan berkata presiden itu juga memberi mesej yang sama kepada Raja Abdullah II.

Pegawai AS bagaimanapun berkata langkah sedemikian tidak boleh berlaku dalam masa terdekat atas alasan logistik, memandangkan kekurangan kemudahan untuk menempatkan kakitangan kedutaan.

Oleh itu, Trump dijangka akan menandatangani dokumen keselamatan negara penepian yang akan membenarkan pentadbirannya berada di Tel Aviv selama 6 bulan tambahan.

Bagaimanapun, keputusan Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota – dan untuk menggerakkan langkah kedutaan – adalah berisiko dalam hubungan diplomasi Timur Tengah.

Pemimpin Arab dan Eropah memberi amaran bahawa ia boleh menggagalkan sebarang inisiatif damai dan mencetuskan keganasan baharu di rantau itu.

Sumber: FMT

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com