Tindakan Trump Cetuskan Api Radikalisme


KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadikan Bandar Al-Aqsa sebagai ibu negara Israel boleh mencetuskan tindakan radikal yang lebih dahsyat dalam kalangan penentangnya termasuk umat Islam sendiri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian dibuat Trump itu memberi impak yang negatif dan kesannya adalah terlalu besar.

"Dalam keadaan dunia sedang mencari penyelesaian, tetapi ada seolah-olah tindakan provokatif yang tidak menguntungkan dunia.

"Saya bimbang ia akan mencetuskan fenomena radikalisme yang lebih dahsyat. Kita tidak dapat membendung segelintir tindakan masyarakat dunia, termasuk umat Islam yang agresif.

"Sebab bandar Al-Aqsa ini adalah tanah suci umat Islam. Seharusnya kita berbalik kepada meja rundingan," katanya.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa UMNO menentang sekeras-kerasnya tindakan AS itu sebagai mewakili masyarakat Islam di negara ini. 

Sumber: BHOnline

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com