Tiada Laporan Kematian Akibat Vaksin Denggi


MANILA - Tiada kematian dilaporkan susulan penggunaan vaksin denggi yang sudah digantung penggunaannya di Filipina.

"Setakat yang kami tahu dan diberitahu, tiada laporan kematian diterima membabitkan penggunaan vaksin denggi.

"Oleh itu, kami ingin memberi jaminan bahawa langkah pemantauan dipertingkat dan masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan," kata Pengarah Perubatan Sanofi Pasteur, Ruby Dizon.

Sepanjang tahun lalu, lebih 730,000 kanak-kanak di Filipina berusia sembilan tahun dan ke atas menerima satu dos vaksin denggi, Dengvaxia, terbabit.

Semalam, pejabat Presiden Filipina berjanji menghukum pihak yang bertanggungjawab terhadap program imunisasi itu yang digantung, selepas ia dilaporkan membahayakan ribuan nyawa. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com