Tak Ada Duit Nak Kahwin, Terpaksa Tipu Dirompak


KUALA LUMPUR- Seorang bakal pengantin telah membuat laporan polis malam Ahad lalu kerana mendakwa telah dirompak. 

Bagaimanapun, selepas disiasat, pihak polis mendapati rupa-rupanya pekerja kilang berusia 23 tahun itu telah memalsukan insiden tersebut dalam usaha untuk mendapatkan wang daripada ibu bapanya bagi menanggung kos perbelanjaan majlis perkahwinannya!

Ketua polis Hulu Selangor Supt. Lim Phak Bai berkata, lelaki itu telah membuat laporan bahawa dia telah dirompak oleh dua orang lelaki bersenjata di KAmpung Tuah, Jalan Bukit Beruntung, Rasa pada pukul 11 malam, Ahad lalu.

“Katanya, dia telah kehilangan RM5,040 dan cedera ringan di bahagian jarinya dalam ‘insiden’ tersebut.

“Selepas disiasat, kami mendapati dia telah membuat laporan palsu semata-mata untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya.

“Dia juga telah mencederakan dirinya sendiri dengan mencucuk jarinya pada dawai pagar,” katanya lagi.

Menurut Lim, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com