Selepas Zurin Jundi, Butik Pengantin Di Sungai Petani Pula Buat Hal?


ALOR SETAR - Selepas isu penipuan butik Zurin Jundi di Shah Alam, kini tular kes baru di laman sosial video berkenaan sebuah butik pengantin di Kedah ‘diserang’ pelanggan yang berang gara-gara gagal menyiapkan busana pengantin yang telah ditempahnya.

Video dan gambar itu menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh pengguna Facebook Dayangku Anne dan ia mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap pihak butik berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story.

“Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke?


“Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam.

“Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), ‘Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang’,”

“Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor bangla yang tak wujud,” tulis Dayangku Anne di akauan Facebooknya.

Akibat pihak pengantin hanya memaklumkan hal tersebut pada waktu malam, ia membuatkan mereka tiada jalan keluar lain untuk mendapatkan 'pengganti segera' kerana kesemua butik lain sudah pun ditutup.

Situasi itu membuatkan pihak keluarga pengantin menyerbu butik berkenaan pada keesokan paginya sedangkan majlis akan berlangsung pada jam 12 tengah hari, di hari kejadian.

Lebih menyakitkan hati dan langsung tidak mahu bertanggungjawab, pihak butik tergamak mengeluarkan kata-kata kasar walhal kesalahan sepatutnya berada di atas bahu mereka.

Tidak cukup dengan itu, pihak butik turut dikatakan cuba mengugut pelanggan yang datang menuntut hak.

“Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?” katanya lagi.

Berdasarkan video yang tular, ahli keluarga pengantin cuba menuntut pakaian yang telah ditempah. 

Turut berlaku pertangkaran di antara kedua-dua belah pihak, dimana masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing.

Keadaan menjadi semakin tegang dan huru-hara apabila seorang lelaki berbaju merah dilihat tidak dapat menahan kemarahan lalu menengking serta menghalau pelanggan tersebut.

Pihak keluarga pengantin berkeras mahu melihat baju seperti yang dijanjikan namun pihak butik seakan-akan tidak mempedulikannya.

Manakala dalam sebuah video lain, turut kelihatan pekerja baru hendak memasang manik pada pakaian yang ditempah.

Tidak diketahui apakah kesudahannya namun difahamkan pihak pengantin akan membuat laporan dan aduan kepada pihak polis dan tribunal pengguna. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com