Saya Rasa Seperti Dirogol Tanpa Rela - Farid Kamil


"SAYA terasa bagaikan dirogol," luah pelakon utama filem Pinjam Hatiku, Farid Kamil.

Karya arahan Osman Ali ini menjadi mangsa jenayah siber apabila filem itu dirakam menerusi Facebook Live (FB Live).

Jelasnya, tindakan tegas harus diambil bagi membendung kegiatan yang tidak bertamadun ini.

"Sebagai pelakon, siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.

"Sebabnya, kita dah capai satu tahap bila filem Osman Ali, ia mesti diciplak begitu saja. Macam, Osman, mari datang sini, buka baju, nak tengok," katanya pada media kepada Sinar Harian.

Susulan itu, selebriti berusia 36 tahun ini turut serta membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor kira-kira jam 2.30 petang tadi.

"Setiap kali promosi filem, saya tak pernah terlepas cakap, hayati filem ini bukan untuk FB Live kerana itu adalah perlakuan orang yang tak bertamadun dan tak ada ignorance level yang sangat tinggi," katanya.

Katanya, laporan polis itu juga bertujuan untuk membuka mata masyarakat mengenai kepentingan menghormati hak cipta sesebuah karya.

"Macam mana, awak masuk rumah orang, tangkap gambar, video sesuka hati tanpa kebenaran. Mana boleh!," tegasnya.

Rentetan itu, bintang filem Tombiruo ini berharap agar laporan polis yang dilakukan mendapat perhatian lanjut daripada pihak berwajib.

"Penguatkuasaan harus dilakukan dalam kadar segera.

"Jika lihat dari awal tahun ini, saya rasa ada lebih 15 laporan polis dibuat berhubung masalah ini tapi tiada satu tangkapan pun dibuat," katanya.

Selain Farid, Pinjamkan Hatiku turut menampilkan Ayda Jebat dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama dan ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 30 November lalu.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com