Satu Maut Dirempuh, 2 Ditikam Gara-Gara Berebut Tempat Letak Kereta


NEW YORK - Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang lelaki bertindak menikam dua individu sebelum melanggar sekumpulan pejalan kaki di New York.

Akibat rempuhan, seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi kritikal dan beberapa yang lain cedera.

Menurut polis, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi Ahad di kawasan pejalan kaki di Queens.

Lelaki yang identitinya belum didedahkan itu dikatakan gagal mengawal kemarahan selepas berlaku pertengkaran gara-gara pertikaian tempat meletak kereta.

Setakat ini, dua individu yang ditikam itu dilaporkan stabil dan lima yang cedera kini sedang dirawat.

Polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki terbabit tidak lama kemudian.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com