Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Bunuh Wanita


MIRI - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang wanita di Kampung Pulau Melayu di sini pada 2 Disember lalu berjaya ditahan polis, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 25 tahun itu diberkas di Pusat Komersial Pelita di sini pada pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, suspek akan ditahan reman sehingga 11 Disember ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek dipercayai ada kaitan dengan mangsa dan polis turut merampas kereta Proton Iswara yang digunakannya.

"Dengan tangkapan ini, polis yakin kes tersebut dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Pada 2 Disember lalu, seorang nelayan telah membuat laporan polis selepas menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terapung dengan kepalanya dibungkus dengan guni.

Ketika ditemui, mayat wanita berusia 52 tahun itu masih berpakaian lengkap tapi sudah mulai reput dan berbau. 

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com