PM Mahu Ramai Ikut Jejak Neelofa, Vivy Yusof Jadi Usahawan Muda


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat lebih ramai golongan wanita yang bergelar usahawan mengikut jejak kejayaan pengasas tudung, Neelofa dan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin usaha itu mampu dicapai melalui 10,000 usahawan wanita yang telah berdaftar di bawah platform e-kewangan Alibaba.

“Saya mahu melihat lebih ramai usahawan wanita daripada pelbagai generasi mengikut jejak langkah kejayaan usahawan-usahawan wanita ini.

“Semua orang boleh melakukan, lelaki mahu pun wanita dan sudah tentu kerajaan sentiasa berazam untuk memastikan potensi semua wanita diperluaskan dalam pelbagai sektor,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Wanita dalam Politik Kuala Lumpur 2017 (WIPKL) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi WIPKL, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com