Perogol Budak 12 Tahun Bakal Dihukum Mati


NEW DELHI - INDIA. Perhimpunan Dewan Undangan Madhya Pradesh di India, sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang bakal menyaksikan perogol merogol budak perempuan berusia 12 tahun atau kurang dihukum gantung sampai mati.

Kabinet Ketua Menteri Shivraj Singh Chouhan akan menghantar rang undang-undang tersebut bagi mendapatkan persetujuan presiden sebelum ia berkuat kuasa sebagai undang-undang rasmi.

"Pesalah yang merogol kanak-kanak perempuan tidak berhati perut dan tiada hak untuk hidup. Kesalahan itu tidak boleh dimaafkan dan pesalah mesti dihukum," menurut Shivraj.

Rang undang-undang berkenaan mencadangkan hukuman mati atau tempoh penjara minimum 14 tahun atau penjara seumur hidup bagi kesalahan merogol budak perempuan bawah 12 tahun.

Manakala hukuman minimum dinaikkan kepada 20 tahun bagi jenayah rogol beramai-ramai untuk golongan sama.

Keputusan itu dibuat selepas laporan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) mendedahkan bahawa negeri Madhya Pradesh mencatatkan kes rogol tertinggi. 

Sumber - Indian Express

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com