Pemimpin PPBM Yang Tinggalkan Parti Tidak Wajar Kembali Kepada UMNO


ALOR SETAR - UMNO memerlukan ahli-ahli yang setia kepada parti berbanding dengan ahli dan pemimpin yang tidak ada pendirian dan hanya mengharapkan kedudukan apabila kembali kepada parti.  

Mereka yang setia kepada parti walaupun tiada kedudukan wajar dihargai dan diberi diberi perhatian.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdulah Hasnan Kamaruddin berkata, mereka yang meninggalkan parti dan menghentam UMNO sebenarnya tidak ada kedibiliti untuk menjadi pemimpin apabila kembali ke pangkuan. 
  
"Mereka meninggalkan UMNO tanpa disuruh dan mahu kembali kepada parti pun tanpa diminta, " kata Abdullah Hasnan mengulas tindakan lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah yang bertindak keluar meninggalkan parti itu Sabtu lalu.

Lima pemimpin Srikandi PPBM termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di negeri ini, mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mereka terdiri daripada Exco Srikandi Malaysia merangkap Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Zuraini Kamal serta dua Anggota Jawatankuasa (AJK) PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat yang juga Ketua Srikandi PPBM Pendang dan Rukiza Abu Bakar yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.

Dua lagi adalah AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.
Kata Abdullah Hasnan lagi , mereka yang meninggalkan PPBM itu boleh kembali menyokong UMNO dankerajaan tanpa perlu menjadi ahli UMNO.

"Kita lebih menghargai ahli-ahli yang setia kepada parti walaupun mereka tiada kedudukan dalam parti. Mereka ini berjuang dalam parti demi kepentingan rakyat, bangsa , agama dan negara walaupun tidak menikmati kekayaan, " kata Abdullah kepada Kedahnews.com. 

Sehubungan itu, beliau menyokong kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang terus memberi penghormatan di atas pengorbanan rakyat termasuk golongan wanita di atas sumbangan serta pengorbanan mereka selama ini dalam  memaju dan membangunkan negara. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com