Pemandu Bas Ekspres Didakwa Pandu Melulu Sebabkan Kematian Wanita


PEMANDU bas ekspres, Shasi Kumar dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kampar selepas mengaku tidak bersalah memandu melulu sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang penumpangnya awal pagi semalam.

KAMPAR - Seorang pemandu bas ekspres dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang wanita awal pagi semalam.

Tertuduh, N. Shasi Kumar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian terhadap penumpangnya, Chan Kwai Dah, 43, di Kilometer 294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada pukul 5.45 pagi semalam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. -

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com