Pekerja Wanita Selamatkan Bayi Diberi Sijil Penghargaan JKM Baling


ALOR SETAR - Pekerja wanita di stesen minyak Baling diberi sijil penghargaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tindakannya yang menyelamatkan bayi lelaki baru lahir didalam tandas daripada dibuang ibunya Sabtu lalu.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 25, berasal dari Kampung Teluk Sanau berkata, dia berasa terharu apabila mendapat sijil penghargaan daripada JKM selepas menyelamatkan bayi tersebut.

"Saya menyelamatkan bayi itu kerana Allah SWT dan sebagai tanggungjawab di tempat kerja.

"Saya juga bersyukur bayi yang dilahirkan dalam tandas selamat dan sihat dalam penjagaan jururawat di Hospital Baling," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan itu, semalam.

Sijil berkenaan telah disampaikan Pegawai JKM Baling, Shamsul Izrin Abdullah di hadapan stesen minyak terbabit.

Tambah Nurul Shuhada, dia rasa puas dan gembira dapat menyelamatkan bayi lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis.

"Saya puas dapat menyelamat bayi itu dan tidak tahu apa akan terjadi kalau ia dibuang," katanya seperti yang dilaporkan MyMetro.


Bagi Shamsul Izrin, pekerja stesen minyak itu patut menjadi contoh yang baik kerana menyelamatkan bayi yang baru lahir dalam tandas.

Menurutnya, semasa kejadian, Nurul Shuhada berjaya memujuk wanita itu menyerahkan bayi terbabit sebelum menghilang diri.

Menurut laporan sebuah akhbar Ahad lalu, bayi lelaki baru lahir itu ditemui dalam tandas stesen minyak di Baling yang cuba dibuang ibunya.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan selepas pekerja stesen minyak berkenaan dengan memujuk wanita itu supaya menyerahkan bayi kepadanya.

Kejadian itu bermula selepas pelanggan stesen mengadu satu daripada tandas disitu digunakan terlalu lama, pada 2.15 petang. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com