Pekerja Restoran Tidur, Pelanggan Tekad Masak Sendiri Di Dapur


BILA perut dah lapar, segalanya tidak mustahil.

Ini gambaran yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki di Amerika Syarikat, Alex Bowen yang mengambil keputusan untuk menyediakan makanannya sendiri di sebuah restoran.

Kejadian awal pagi itu berlaku apabila Bowen yang kelaparan pergi ke restoran tersebut untuk membeli makanan namun dia terkejut kerana kesemua pekerja restoran itu dibuai mimpi.

Menurut portal berita Mirror.uk, kejadian ini dilaporkan berlaku sekitar minggu ini di restoran Waffle House di selatan Carolina.

Ekoran kelaparan, Bowen terus melangkah ke dapur dan memasak makanannya sendiri.

Lebih melucukan, Bowen juga sempat berswafoto sebelum memuat naik gambar aksinya menyediakan makanan di laman sosial Facebooknya.

Bagaimanapun Bowen tetap kembali ke restoran tersebut keesokkan harinya untuk membayar harga makanan yang dimasaknya itu.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com